Siapa Orang Terkaya Sepanjang Zaman

Mansa_MusaPada minggu lepas, saya membaca satu artikel di dalam akhbar. Artikel mengenai orang paling kaya sepanjang zaman.

Kita sering mendengar nama-nama orang terkaya dunia seperti Bill Gates dan Warren Buffet. Tetapi apa yang dipaparkan di dalam artikel itu amat mengejutkan saya. Kerana orang terkaya sepanjang zaman itu adalah seorang Islam dan buka orang eropah.

Raja Mansa Musa I memerintah Mali sekitar tahun 1280 hingga 1331. Beliau dikatakan mempunyai kekayaan AS$400 billion. Nama beliau disebut oleh dua orang penulis terkenal dalam dunia Islam iaitu Ibnu Khaldun dan Ibnu Battuta.

Kekayaannya berpunca daripada pengeluaran emas dan garam besar-besaran di negaranya. Dikatakan hampir separuh pengeluaran dunia.

Raja Mansa Musa I dikenali sebagai seorang Islam yang taat. Dicatatkan dalam sejarah beliau menunaikan haji pada tahun 1324. Beliau membawa rombongan haji yang paling besar pada zamannya.

Di dalam rombongan mengerjakan haji itu, bersama beliau adalah 60,000 orang tentera dan 12,000 hamba abdi. Setiap hamba abdi itu membawa 4 kilogram emas bersama mereka. Emas itu disedekahkan kepada orang miskin yang ditemui di sepanjang perjalanan merentasi Mesir, Madinah dan Mekah.

Mansa Musa meninggal dunia pada tahun 1337. Semua kekayaannya hilang dikatakan berpunca dari perang saudara.

zp8497586rq

Bos Suka, Pangkat Naik – 4 Cara Beretika Untuk Jadikan Bos Anda Kagum Dengan Anda

bos sukaMasa depan kerjaya yang cerah tentunya sesuatu yang dimahukan. Bos yang menyukai dan kagum dengan kerja-kerja anda tentunya membawa kepada masa depan kerjaya yang cerah.

Berdasarkan pengalaman diri sendiri dan rakan-rakan, mari kita lihat beberapa perkara yang boleh anda lakukan untuk mendapatkan perhatian bos anda.


1. Mulakan Dengan Menunjukkan Hasil

Hasil kerja yang baik adalah menunjukkan anda seorang pekerja yang berkemahiran. Ia juga menunjukkan anda seorang pekerja yang bermotivasi setiap hari. Perkerja yang mahir dan bermotivasi adalah orang yang diberi perhatian oleh pengurus atau bos. Continue reading

Mencapai Impian – Bagaimana Melakukannya

Mencapai ImpianAdakah anda telah mencapai impian anda? Impian adalah sisi penting dalam kehidupan kita dan tidak boleh diambil ringan. Impian merangsang diri anda mencapai hajat yang kelihatan mustahil, mewujudkan kerja-kerja yang hebat dan memberi kita harapan dan kekuatan untuk melihat esok dengan jelas dan positif. Tetapi, bagaimana jika seseorang tidak mempercayai impiannya sendiri? Tidak pernah mengambil peluang dan tindakan untuk menjadikannya kenyataan. Cuba anda fikirkannya sejenak bagaimanakah situasi itu. Continue reading

Menjadi Orang Yang Produktif

how_to_be_productiveAnda mungkin telah menghabiskan berminggu, berbulan, malah bertahun. Tetapi hasil sebenar yang anda harapkan tidak dapat dilihat. Sudah tentu situasi ini merugikan masa anda, marugikan umur anda yang amat mahal kurniaan Allah SWT ini.

Situasi ini adalah pengalaman saya juga dahulu. Ada beberapa punca yang telah dikenal-pasti yang menyebabkan berlakunya situasi sebegini. Continue reading

Berdoa Tetapi Masih Tidak Berjaya

berdoaMengikut hukum tarikan (law of attraction), menumpukan fikiran kepada sesuatu yang positif akan menghasilkan realiti yang positif.

Dan begitulah sebaliknya, menumpukan fikiran kepada sesuatu yang negatif menghasilkan realiti yang negatif.

Jika anda selalu berfikir dalam diri anda dan selalu berkata seperti “aku gagal, aku susah nak berjaya, sudah takdirnya aku dilahirkan miskin, bukan senang nak senang” sampai bila pun anda tidak akan berjaya. Sebaliknya kalau kita selalu berfikir positif dan mengeluarkan kata-kata seperti “aku kaya dan berjaya, aku orang yang cemerlang, Allah sayang kepadaku, mudahnya untuk jadi senang”, apa yang anda katakan itu adalah realiti kehidupan anda hari demi hari. Continue reading